Monday, February 22, 2010

self indulgence

Usah tertipu dengan tajuk Bahasa Inggeris di atas kerana buat julung-julung kalinya, saya akan memblog dalam Bahasa Melayu indah.

Saya telah membuat keputusan untuk mewar-warkan kelemahan saya selama saya hidup hampir 21 tahun. Antaranya ialah:

a) Saya masih tidak reti menyelesaikan masalah pembezaan matematik dan juga kamirannya.

b) Saya tidak boleh memakan buah jambu batu, bukan kerana alahan, tetapi memang tidak tergigit oleh gigi mahupun tertelan dek tekak.

c) Saya tidak menyukai sos/ sambal dan sifat-sifatnya.

d) Saya sukar mengingati sistem peredaran darah walaupun sudah hampir 10 kali mempelajarinya, sejak zaman sekolah menengah, matrikulasi dan universiti.

e) Saya tidak memakan ulam-ulaman dan banyak lagi sayuran yang lain.

f) Kepelbagaian biologi adalah antara topik bio yang paling susah buat saya untuk menghafalnya.

g) Saya amat tidak menyukai subjek fizik dan geografi, dan hal ini menyebabkan saya sukar mempelajari kedua-duanya.

h) Saya boleh memaafkan kesalahan orang lain tetapi amat sukar melupakan perbuatan mereka.

i) Saya boros.

j) Saya rasa kurang selesa bertudung putih.

k) Saya kurang arif mengenai matematik tambahan.

l) Saya tidak boleh membaca akhbar/majalah ketika berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak. Jika saya melakukan sedemikian, saya akan berasa pening dan mungkin juga muntah.

m) Saya suka pada kopi dan terbitannya.

n) Saya tidak tahan makanan yang pedas.

o) Selalunya, saya hanya membaca ruangan gossip dan sukan pada akhbar.

p) Saya mudah mendapat flu dan ulser pada mulut. Kekurangan air dalam badan barangkali.

q) Saya mudah berasa sejuk dan saya tidak berapa suka pada kawasan yang berhawa dingin.

r) Saya takut pada lipas.

s) Saya berasa gerun untuk memandu semula selepas hampir 4 tahun tidak memegang stereng.

t) Saya tidak menyukai soya dan keju yang bukan berada di dalam makanan.

u) Saya suka memerhatikan orang lain. Jadi, AWAS kalian. haha ;P


Kelemahan-kelemahan inilah yang membezakan kita antara manusia. Oleh itu, saya tetap bersyukur dengan apa yang dianugerahkan olehNya.



yang benar,
shafura onn.

2 comments:

  1. Entry of the year, kempen cintai Bahasa Malaysia.
    flu = sepatutnya ditukar kepada selesema.
    warwar kan ke uaruarkan? akuw dh tak igt pn arfah ajar bm dulu, lupaaa..

    ReplyDelete
  2. hahaha lpe psl flu tuh. thanx! heee ;P

    hmmm a ah ekk. ak pn da lupe. tibai ajelah. ;)

    ReplyDelete