Tuesday, January 17, 2012

9 months

Exactly 9 months you left us for The Lord. There’s no word to describe how much I miss you that every time I think of you, I failed to control my tears. But I believe you’re happy there.


We’ll meet each other soon.


-Al-fatihah-




SO. 180112. 0105. Kajang, Selangor.

Thursday, January 12, 2012

Ilham

Gagalku ingat bila ia terjadi, tapi yang aku pasti kesannya ada hingga kini.

Ia seakan memanggil, aku terpanggil mendekatinya. Luarannya ringkas namun ia seakan memberi penerangan kepadaku. Seperti juga mind-reader, ia tahu apa yang membuat semak di fikiranku. Ku tatapi satu-satu, indah dan penuh hikmah.

Kra, puitis namanya. Pertama kali bertemunya, aku rasa ia misteri. Hingga kini, aku tidak nampak ia lagi. Bukan kerana tidak berkesempatan, tetapi…entah. Takut barangkali. Tapi takut apa? Terguris? Mungkin.

Ia membawaku keluar dari comfort zone yang dah lebih dua dekad lamanya. Sebab itu aku rasa ia misteri dan hebat. Aku degil orangnya, dan ia sedikit sebanyak membantuku, menyedarkanku akan kelamnya syurga duniaku.

Kebanyakan bait katanya membuatku terasa. Masakan tidak. Kita senang-lenang berada dalam kehidupan kurang betul yang membahagiakan, tiba-tiba, datang (dan aku merelakan) ia memberi hujah, menyuruh melakukan sesuatu yang sangat jarang aku lakukan. Sanggupkah aku menerimanya?

Di sebalik semua katanya itu, hatiku terdetik bila ia menyebut sesuatu yang pernah aku fikirkan dahulu, namun aku lupa kerana malas mengambil tahu. Dijelasnya panjang lebar, lapang dada hatiku terbuka.

Dan kini, aku menyahut seruannya perlahan-lahan. Walaupun lama dah kami tidak bertemu, aku yakin ia hidup – it’s a living soul. Kalau bukan padaku, aku yakin ia beranak pada orang lain. Aku pasti sesiapa yang pernah disapanya akan tercalit keinsafan yang mendoakan istiqamah dalam kehidupan yang patut dijalankan seperti digambarkan Al-Quran.

“Ya Allah, semoga aku terus istiqamah walaupun pada saat pendorong kebaikan kepadaku hilang dari pandangan.”

I wont forget you. InsyaAllah, akanku cari engkau lagi bila berkesempatan.




SO. UKM Bangi. 130112.