What a coincidence of her latest post with what I'm feeling right now as these fit my current situation like hell much. Thanks Lord Zara. I love reading your entries. :D
" Cemburu.
Emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan takut kehilangan sesuatu - kalau dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia. Kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan daripada gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa.
Cemburu.
Ini juga boleh diibaratkan sebagai salah satu elemen dalam perhubungan. Tidak kira dalam hubungan cinta, hubungan kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja. Kita tidak dapat menolak bahawa sifat cemburu itu adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri.
Cemburu ini ada sedikit persamaannya dengan cinta secara literasinya. Benda yang baik, dalam kuantiti sedikit akan memberikan kesan baik, tetapi jika terlampau banyak, ia akan menyeksakan."
p/s: Need to wake up & grow up.
Shafuraa Onn. 100411. 1650. UKM Bangi.
No comments:
Post a Comment